Duit, duit , kemana kau duit?
Bab I- Kemunculan mengejut Irfan Khairi yang bergelar Jutawan Internet di Malaysia telah membuka mata ramai pihak termasuklah aku.haha. Yalah, ramai yang tak percaya dengan Internet pun orang boleh jadi jutawan. Tak silap aku, time ni aku berada di Tingkatan Lima.
Bab II- (Pengembangan Cerita) Keputusan SPM ku agak cemerlang menyebabkan aku diberikan hadiah sebijik laptop yang tersangatlah power jika dibandingkan dengan laptop-laptop yang berada di pasaran pada ketika itu.Hehe. Laptop jenama Acer Model Aspire 5584 berharga RM4800. Tapi aku rasa inilah pembelian paling tidak berbaloi kerana beberapa bulan selepas itu, harga laptop ini turun mendadak, bawah 3000 tak silap aku. huh. Dan aku memang cadangkan kalau nak beli laptop, pastikan Acer pilihan terakhir.haha
Bab III- Masuk matrik, dapat elaun RM1000, benda pertama yang aku beli ialah Celcom Broadband. Boleh dikatakan setiap masa terluang, Internet la menjadi temanku, dan semakin hari semakin membosankan, kalau bukan friendster,mesti buka YM, Blue Film tak main ok.hehe. Pada satu hari, aku termasuk kedalam sebuah blog yang menceritakan tentang projek perigiduit.com, satu jenis program mencari duit dengan menjadi reseller, syarat pertama kenalah bayar wang pendaftaran sebanyak RM50. Memang aku berusaha mencari pelanggan dengan mengiklankan di web-web ruang pengiklanan free. Setelah berusaha beberapa bulan, hasil pun tarak, barulah aku rasa tertipu dengan program ni. Aku pun hairan macam mana aku boleh terpengaruh ngan hasutan mereka. Adoiya.
Kesilapan yang lalu jadi pengajaran.haha. Aku mula serius mencari duit dalam internet, ramai orang kata nak dapat duit lumayan, kena pandai main adsense.Hoho, apa tu adsense? aku memang la tak tau apa tu adsense, katak dibawah tempurung betul la. Bila aku search keyword "apa tu adsense", blog pertama yang aku masuk ialah blog Rajaadsense.com. Blog ini jual Ebook semuanya cerita sal adsense,bagaimana hendak bermula, Seo, Blogger dan macam-macam lagilah tips-tips diberikan, tapi korang kenalah beli ebook ni dahulu yang berharga RM50. Lesap lagi duit dalam akaun bank aku.hehe
Bab IV- (Klimaks)Dengan Ebook Rajaadsense tu jugaklah aku mula mengenali blogger. Mula-mula, aku buka 5 blog, semuanya blog berbahasa Inggeris.Blog pasal " Naruto Manga Resouces", " Sport Cars","Movies Review", 2 lagi aku dah lupa.haha. 5 blog tu memang selalu update, tapi time tu aku guna kuasa bulan, iaitu dengan meng'copy-paste'kan saja entry dari web-web lain. Korang jangan tiru. Tak baik mengkopikatkan hasil kerja orang lain. Dulu, aku tak tau apa2 ok, tak bleh disalahkan lagi.haha.
Selama aku bermain adsense, aku hanya berjaya mengumpul US$2.75. Kalau duit Malaysia RM9 la camtu.hehe. Syukur gak sebab ada hasil. Tapi tak memberangsangkan, aku pun semakin lama, semakin malas mengkopikatkan hasil kerja orang lain. Sebab tu jugak,duit Adsense aku tak berubah-ubah. Akibat kemalasan dan kebengangan dengan pendapatan Adsense, aku pun menutup kelima-lima blog tersebut. Menyepi la aku dalam dunia blog buat beberapa bulan.
Bab V-(Penutup) Aku tak tahu macam mana bleh termasuk kedalam blogmenjerit. Blog tu memang best sebab banyak tutorial-turial blogger. Walaupun aku dah banyak tahu(Tengs Adsense) cara nak edit Template, tapi aku tetap suka blog tu sebab tutorialnya semua dalam BM, Dari situ gak aku termasuk kedalam blog dilarang-melarang.blogspot.com(kini dilarangmelarang.com), blog ni pun best gak, semua pasal entry peribadi. Terus aku pun terpikir nak wat blog peribadi. Maka tertubuhla Blog Boonto ne.Tengs Juki.
Memang best ada blog peribadi ni, bleh luahkan macam-macam perkara. Disamping tu, aku letak gak iklan Advertlets dalam blog, tak sangka plak duit lagi masyuk guna iklan ni. Dan sekarang aku dah berjaya kumpul RM168. Tengah tunggu bayaran RM150 yang dah aku cashoutkan. Agak-agak bila la aku dapat duit tu?haha. Sekarang aku turut mengikuti program Affiliates. Dan berjaya mendapat RM78 dari Exabytes. Tak sangka betul aku.hehe..
Panjang sangat entri ni, kesimpulannya, nak cari duit dari internet bukan perkara senang, mesti ada pengetahuan walaupun sedikit. Harap-harap korang tak tertipu macam aku, terutama kepada yang baru menjinakkan diri mencari duit dalam internet.
P/s: Contest aku dah berlalu seminggu, nampaknya dah ada Enam Peserta. Korang bila lagi? takkan nak bagi menang free ngan mereka-meraka tuh?

![]() |
Do you have any suggestion? Add your comment! Subscribe to my feed | Follow My Twitter | e-mail |










Smaller Font
Larger Font



34comments:
(",)v~
aku tengah carik idea lagi beb...
meh merayau blog aku..
aku duit tak kisah..
kawan2..kepuasan peribadi lebih baik kot?
hahaha~
dlm blog ni x ltak?
aku dulu buka blog igtkan senang jek nk dpt duit dr adsense.tp mmg susah.last2 dah best lak buat blog ni.haha
bangga aku tgk ko
aku apa pun x da
ko kena ajar aku lepas ni mcm mn nak buat)
tp biasa la kan,
masa permulaan mesti ada rugi
tulisan tu.x silap aku nama dia jellyka handwriting. atau Jerry handwriting. lupa dah. haha.. cari la d dafont.com. aku amik kat situ. tengs memuji:p
Khairil, aku nak ajar apanya.. sket lg aku dpt income tu..baru setahun jagung.haha...betul, susah2 dulu senang2 kemudian.cewah.haha
tp aku guna iklan banner, nasiblah bnyak jugak dpat smpai xtrkira jumlahnya. hekhek.
betul gak tuh x bleh campur2 niche blog yg sama
hehe.. bnyak lagi blog-blog otai yg hebat..aku pun mcm ko jugak baru nak blajar cri duit..hehe
kegagalan cuma satu titik permulaan, ianya bukan pengakhiran..
anda sebenarnya tidak gagal,
tetapi anda cuma belum berjaya...
renungkan dan selamat beramal.
hekhek...
@JRY
Aku pun test threaded comment ;)
tengs atas nasihat otai blog.hehe
ngeh3x...testing...threaded comment
tengs ko kan yg informkan marzuki tentang ini.hehe
nnt aku nak test letak kat blog aku yg x seberapa tu....
hehe
hek.hek.hek. blah la ko. testing lg
Pastikan komen anda bermula di line no 2
hoyei, aku berjaya. mudah bukan?
bayar ke? kalau memang bayar, boleh la announce kat sini nanti.
kalau misal kata aku guna nuffnang dan affiliates ni dalam masa yg sama boleh ke?
maksud aku status glitterati kat nuffnang akan efek tak?
Post a Comment