
Aku tahu rata-rata bloggers di Malaysia minat mengedit blog, walaupun ada yang tiada asas, tapi mereka tetap berminat nak cantikkan blog mereka. Al maklum lah, siapa tak mahu rupa bentuk blog yang macho dan menawan. Ibarat rumah banglo dan setinggan, sudah tentu kita lebih selesa berada di rumah banglo bukan?
Tetapi, mengedit blog bukanlah kerja yang mudah. Walaupun ramai yang mempunyai asas dan skill tahap otai programmer sekali pun, tetap akan melakukan kesalahan. Kecil atau besar, itu perkara normal sebab kita kan manusia. Tiada yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, entri kali aku nak senaraikan beberapa kesalahan yang selalu kita lakukan semasa mengedit blog(termasuk aku jugak la
).1) Tidak paham struktur template.
Yang ini memang selalu terjadi. Bila tak paham, mulalah ada blog yang ok pada asalnya, menjadi buruk sekelip mata.hehe. Memahami stuktur template bukanlah perkara yang terlampau sukar. Tipsnya senang, mulakan dengan bahagian css kemudian barulah pergi ke bahagian html.
Jangan peningkan kepala, ringkasnya, korang hanya perlu bahagikan bahagian yang besar dan penting terlebih dahulu. Seperti contoh dibawah. Memang itulah struktur asas bagi sesebuah template.

contoh berdasarkan template minima
2. Kecuaian apabila meletak tag html
Selalu terjadi bila kita tak dapat membezakan hubungan diantara css dengan html. contohnya beza:
Tag id dengan tag class: Korang boleh bezakan dengan melihat tanda # dan .(dot). Tanda # dikhususkan untuk tag id yang bermaksud elemen tersebut haruslah unik dan tunggal dalam satu-satu template. Manakala tanda .(dot) dikhususkan untuk tag span yang bermaksud elemen tersebut tak unik dan boleh digunakan beberapa kali dalam satu-satu template.

div dengan span: Tag span dikhususkan untuk satu line elemen. Walaupun tag span di masukkan dalam sesuatu perkataan, ia tidak akan mempengaruhi perkataan seterusnya. Manakala, tag div digunakan dalam satu blok elemens. Tag div akan mengasingkan bahagian yang ada didalamnya. Contoh:

3. Tidak back-up template dan preview.
Inilah kesilapan paling besar dan selalu terjadi bila mengedit template. Backup template penting kerana sekiranya berlaku apa-apa semasa mengedit anda boleh me'restore' semula template asal. Korang jangan risau, semua widget di sidebar tidak akan tergangu sekiranya anda mengupload semula template asal selagi korang tak tukar template baru.
Yang kedua, kebiasaanya kita jarang preview layout blog sebelum save. Kebaikan preview ialah kita boleh melihat keaadaan sebenar blog kita, jadi jika ada kesalahan, kita boleh reset balik template dengan menekan "clear edit".
Cukuplah tiga kesalahan dahulu. Walaupun banyak lagi kesalahan yang lain tetapi diatas adalah kesalahan yang selalu berlaku ketika mengedit blog. Harap korang dapat mempelajari sesuatu dalam entri kali ni. Ok, aku nak sambung study untuk final exam.

P/s: Ada sesiapa lagi berminat nak sertai kontes buntu? Cepat sebelum tarikh tutup, 7 hari lagi ni

![]() |
Do you have any suggestion? Add your comment! Subscribe to my feed | Follow My Twitter | e-mail |










Smaller Font
Larger Font



40comments:
menarik tapi aku selalu bhgian css slalu fail (x terer lg)
lg 1 aku x paham bila ada sesetengah tutorial yg kena guna java script...kompius
tindakan sebegitu dilakukan kerana mahu yakin 100% yg ku menyukai layout itu. so bila dh siap dh x blh patah blk. voley?
;)
;)
aku tak tau lgsung bab ini semua...
jadi apa guna margin dengan padding?
lupa plak nak terang kan pasal margin dan padding, nnt aku masukkan dlam entri lain la... ada sedikit perbezaan je. x besar pun.
bagus jgk cara tuh... x salah pun, cuma kerja dua kali la kan..hehe.. xpa, ikut mana yg selesa
blogger asas nya css ngan html je.. javascript tu sbg tambahan... kdg2 ada benda yang complex memerlukan bahasa java. lebih ringkas dan efisen..hek3x
tapi code2 tu sume bersepah.. haha..
takde masa aku nak kemaskan..
tu yg payah bila nak edit balik..
p/s: explainkan jg ttg ni:
margin: 10px 10px 10px 10px;
margin: 10px 10px 10px;
margin: 10px 10px;
margin: 10px;
margin-top: 10px;
margin-left: 10px;
margin-bottom: 10px;
margin-right: 10px;
aku kenkadang lupe psl ni. huhu.
aku dapat suatu yang baru hari nie...
thanks...
pasal backp, aku sama ngan sorang pengomen atas nie..
edit di blog percubaan..
baru upload ke blog sebenar...
pasal contest..
Insya-Allah..
perati betul2.hehe. margin menentukan jarak element. caranya- ikut pusingan jam.
margin: atas kanan bawah kiri;
(kalau yg kosong automatik nilainya akan ikut nilai bertentangan.kalau kanan 20px, kiri pun akan jd 20px)
contoh:
margin: 10px 20px 30px 40px;
margin: 10px 20px 30px; //kiri jd 20px
margin: 10px 20px; //bawah=10px dan kiri=10px
margin: 10px;// kanan bawah kiri akan jd 10 px
----------------------------------
margin-top: 10px;
margin-left: 20px;
margin-bottom: 30px;
margin-right: 40px;
yg diatas ni sebenarnya bleh diringkaskan jd
margin:atas kanan bawah kiri
margin:10px 40px 30px 20px;
(harap ko dpt paham)hehe
hoho.ok bro... jgn terlambat sudah la:p
ingat masuk blog biskoot
cam sama jer korg
congrats bro.
sekali baca dah faham.
oke thanx. jasamu tetap dikenang.huhu.
penerangan yang cukup bagus. yang tak tahu margin atau padding lagi susah, ahahaha.
erm, ksilapan lupa nak backup widget masa tukar templat xda ke?
masi muda remaja lg jiwa aku pasal coding ni..
mls mo kasi pening2 diri..
hek3..
:P
thanx..merci beaucoup..
shukran..
wlau pun ada skit kpla pusing...
hehehe gud luck utk final exam
setelah download..mencuba bukak XML tu xbole pulak.
error kata nya,...
boleh kah tuan membantu sy yg sedang cuba melakukan perubahan?
kita lebih banyak blajar mngedit samapai lebam ..
kalo WP dah cantik .. guna plugin
tapi kalo blogspot .. kena cuba dan cuba sampai ko paham apa yg kita buat :)
leh tlg..nape gamba katun kaler putih..
kat bahagian post komen x kuar...tlg ye
nie link post saya
http://farhanfirdaus.via.my/2009/04/aku-buntu-dan-ubuntu.html
boleh benefit ramai orang nieh...
Nak nak lagi tips macam ni... hehe.
um,inn nk tanye lah kat boonto.dari pendapat kamu yang selalu memberikan pendapat macam edit template ini.
kat blog inn,inn ada memberi pendapat tentang bahasa,gadjet dan tumbesaran font.
macam kamulah.ade tak yg bg pendapat negatif ke utk jatuhkan kamu.
at least dpt menerangkn lg segala persoalan yg buntu selama ni.haha.
selama ni edit blog,phm skit je.
skrg bru laa terang lagi nyata.
kpd newbie mcm aku, silalah hafal entry nieh...
hehe
I like artikel yang menjelaskan :)
Post a Comment