Sejak kebelakangan ni, aku sering memandu sorang-sorang. Aku tak ada kereta lagi, kalau bukan guna kereta kakak, aku akan guna kereta abang pula. Aku tak pasti berapa kali dah aku pecahkan 'bumper' kereta proton Iswara Aerobik abang aku tu.haha. Yang aku ingat, pertama kali aku pecahkan, itu lah jugak kali terakhir aku kena marah. Mungkin dia dah malas memarahi aku yang memang tak pandai dengar cakap. Dia pun patut disalahkan jugak. Siapa suruh pasang "bumber" rendah². Pemandu Expert seperti aku pun memang akan menghadapi masalah bila melalui jalan raya berturap di Malaysia ni. Betul tak???
Sepanjang tiga minggu sebelum ni, aku memang akan bawa kereta ke Universiti untuk ambil Peperiksaan Akhir Sem II. Perjalananan dari rumah ke U akan ambil masa lebih kurang 20 minit. Kalau aku laju sikit, 10 minit sampai dah. haha. Tapi, 7 papers yang aku lalui, hanya satu je yang aku bawa laju, sebab memang time tu aku dah lewat. Nasib baik sempat, pemandu expert la katakan.hehe. 6 papers lagi, aku bawa kereta slow². Sebabnya satu tangan akan pegang 'stering', satu lagi baca nota ringkas. Terer tak aku bawa kereta???
Perenggan tadi tu menunjukkan ke'terer'an aku ketika dalam perjalanan ke Universiti. Kalau perjalanan balik pula, aku lebih suka melayan perasaan sorang². Kalau aku rasa paper pada hari tu susah dan membuatkan aku stress, aku pasti akan membawa kereta dengan lajunya sambil menguatkkan 'volume' speaker di tahap yang maksima sambil headbanging. Aku akui cara ni memang cara terbaik untuk hilangkan stress. Apa jenis stress ar tak kira stress pasal exam, cinta, duit, atau apapun. Lepas ni korang boleh cuba! aku memang sarankan. haha
Kalau paper yang aku rasa senang nak score macam mana plak? kalau yang ini aku akan bawa slow-slow sambil dengar lagu yang slow ar jugak. Aku memang suka layan lagu jiwang time ni. Dan kepala aku akan ikut rentak muzik tu. Susah jugak nak terang macammana kepala boleh ikut rentak muzik jiwang ni. haha. Tapi, cara ni aku tak sarankan sangat sebab boleh membahayakan diri. Kalau bawa kereta style camni senang buat korang mengantuk dan berkhayal. Korang tahu kan bahaya mengantuk dan khayal time bawak kereta. So, Ingatlah orang yang tersayang...
Tadi pagi, merupakan paper terakhir aku jawab untuk Sem ini. Stress sebab paper pasal Coding C++ OOP ,memang susah sket nak score. Ditambah lagi dengan masalah² luaran. So, apa lagi, korang rasa style macammana aku buat time balik rumah tu? haha. Semalam pun aku lewat tidur, tadi balik terus "landing" atas katil. Sampai terlajak waktu Zohor. MasyaAllah...
Habis paper last tadi, menandakan aku dah boleh buat bermacam-macam benda yang aku tangguhkan. Maknanya, aku punya banyak masa kosong. Aku masih mencari aktiviti-aktiviti yang cambest. Korang ada cadangan? Aku tak nak la aktiviti tido makan dan main game saja yang mengisi cuti sem ni. Aku perlu sentiasa mengekalkan Otot Sasa tubuh badanku.haha. Walau apapun, mulai sekarang aku akan bertambah aktif berblog. Aku akan mulakan kembali aktiviti berblog "Hopping dan Walking"... Sila sediakan makanan di blog korang, aku nak datang berkunjung ni.haha
![]() |
Do you have any suggestion? Add your comment! Subscribe to my feed | Follow My Twitter | e-mail |










Smaller Font
Larger Font



30comments:
*thuik! baru bbrapa bulan ada blog suda bgayak! hahahaa...
apa lg. update la... addict da kan?hek3x
bjln sakan dh..
bawa kereta cam orang giler..
tp aq xtau la kalu ada orang lain je bawa... aq duduk sebelah ke duduk belakang..automatik mata ni pejam
muahahah..ko dah merdeka ni... rajinla update ek?
haha.. start cuti dah.. ada mood balik:p
aku driver expert la.. jgn wisau.haha
ha'a aku memang dan bertambh bahagia.aha
aku kerja nanti masuk syarikat sal gaming jugak.. xyah risau..haha
xpa.. dia kaya gak. haha... lgpun aku tau dia sayang aku tuh.tuh la pasal aha
cuti pendek pun best jugak:p
tak ada kawan nak teman jalan..hek3x
btw, geeks blog tu terpisah dgn blog ni ye. jadi tutorial kene tgk situ ke?
kalo ada jumpa sok kiter 'figth' eh?
hahahahahaha..grau ja...
(tp kalo btol2 pon ble jugak)
rindu pulak zaman2 belajar..
huhu
hahaha
aku rase bab bawak laju time stress tu aku pon buat gak.
sampai nyaris kene langgar dgn kete2 lain..
dan paling berharga setiap kali perjalanan mesti dapat hadiah hon dari pengguna jalan raya yang lain.hahahahahah
gudluck weh exam!
cuti sem sila la buat camp or jelajah tempat kawan ko.
homestay ke pe ke.
haahahah tak bernas ke idea ni??
Blum lg bro.. masih dkt kk..hua3x.enjoy jap
hehe.. ko lum sampai tahap expert mcm aku lg.haha
Post a Comment